
Nenek
ini BERUSIA 70 tahun ini ia masih perawan walaupun usianya 70 tahun. Pam Shaw,
70 tahun, wanita bekas penari kabaret dengan nama panggung "The Sexational pam",
mengatakan bahawa dirinya masih perawan, kerana percaya dengan perkahwinan, dan
tidak ingin kehilangan keperawanan sebelum berkahwin. Sampai saat ini belum
menemui lelaki yang sesuai, walaupun dulu sudah hampir saja berkahwin.
Wanita
70 Tahun Perawan Masih "Pada tahun 1976 aku dilamar oleh pekerja pengeboran
minyak di Blackpool. Aku bilang iya tapi kemudian putus ketika sadar aku tidak
senang dengannya," ujarnya.
Pam
yang pernah sepanggung dengan Tom Jones dan Engelbert Humperdinck, mengenakan
kostum yang menggoda ketika menari mengatakan, banyak lelaki yang mendekati pada
waktu muda.

"Para
lelaki melihat pakaian yang kukenakan dan berfikir aku murahan. Tetapi aku belum
pernah benar-benar intim dengan seorang lelaki, hanya cium-cium sedikit. Aku
punya nama panggung yang sexy dan berpakaian sexy tapi semua itu untuk
pekerjaan," katanya.
Kini,
Pam menyatakan siap melepas keperawannya. Berkahwin mahupun tidur dengan lelaki.
"Walaupun demikian, standard-ku masih tinggi. Saya berharap mendapat seorang
jutawan yang tinggi, berkulit gelap dan kacak," harap Pam.
Pam
berasal dari Wigan, Greater Manchester, tinggal bersama ibunya, Lillian. Ibunya
meninggal pada 1995 di usia 97 tahun.
"Aku
mungkin 70 tahun tapi aku muda di hati. Orang-orang tidak percaya ketika aku
memberi tahu usiaku." Tambahnya, "Menurutku, aku kelihatan luar biasa, mungkin
kerana aku belum pernah berkahwin atau mempunyai anak. Aku periang dan mempunyai
banyak tenaga," katanya.
