
Gadis Terpaksa Tutup Tubuh Bogel Pakai Daun|Alor Setar:
“Saya terpaksa mencari daun untuk menutup tubuh selepas ditinggalkan di tepi
jalan dalam keadaan hanya berpakaian dalam dan berjalan sejauh beberapa meter
untuk meminta bantuan sebelum diselamatkan seorang lelaki lalu dibawa ke masjid
dan diberi pakaian.”
Demikian kata seorang gadis yang mahu dikenali sebagai Awien, 21, ketika
menceritakan pengalaman mengaibkan selepas diserang dua wanita dan seorang
lelaki yang memukul sebelum menanggalkan pakaiannya.
Dia kemudian
ditinggalkan di tepi jalan di Jeniang, Sik, dekat sini, Ahad lalu akibat
perselisihan faham berkaitan bekas teman lelakinya.
Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang, Awien yang berada di sebuah pusat
siber berhampiran
Masjid Aman, di sini, kerana sedang menunggu teksi untuk
pulang ke kampungnya terkejut apabila didatangi wanita berusia 30 tahun yang
juga isteri kepada bekas teman lelakinya bersama seorang lelaki berusia 32 tahun
dan seorang lagi wanita yang kemudian menyerangnya.
Menurutnya, dia kemudian meminta untuk berbincang dan menyelesaikan secara
baik kerana orang ramai menyaksikan kejadian itu.mymetro
