Panas
Nelydia Senrose hanya pakai shortpant bersiar-siar di pekan - Satus dan
penampilan artis sememangnya sering menjadi perhatian peminat di laman sosial
seperti Instagram, facebook dan twitter.
Namun,
sejak beberapa bulan kebelakangan ini, ramai artis wanita menggunakan platform
Instagram sebagai tempat untuk berkongsi gambar-gambar mereka ketika melancong
ke luar negara atau apa-apa sahaja untuk menjadi tatapan para pengikut setia
masing-masing.
Kalau
berkongsi foto-foto dalam keadaan posing cantik dan jelita pasti akan mendapat
pujian melambung dari peminat namun jika tidak pasti akan menerima kritikan dan
kecaman hebat. Mungkin itulah lumrah dunia seni hiburan di Malaysia.
Baru-baru
ini, Nelydia Senrose telah berkongsi sekeping gambar hanya memakai shortpant
ketika bersiar-siar di sebuah pekan menerusi laman Instagram miliknya. Pada
penulis, foto tersebut nampak biasa dan tidak seksi namun ada juga peminat yang
beranggapan penampilannya tidak cukup kain. Benarkah?
Memang
sukar untuk memuaskan hati semua orang terutamanya penceramah-penceramah agama
tidak bertauliah di luar sana. Apa sahaja yang dikongsikan pasti akan dipandang
negatif dan serong.
