
Wanita Lewat Kawin Mudah Dirogol Jin|Wanita yang berkahwin
lewat, adalah rahsia yang sering tidak didedahkan. Mungkin banyak tafsiran,
kononnya disihir dengan sihir pelalau iaitu sihir jenis melewatkan perkahwinan
gara-gara dendam bekas pasangan atau lelaki yang ditolak lamarannya. Tetapi kes
tersebut terlalu kecil. Maka apakah kes yang besar di sebalik wanita lewat
berkahwin?
Inilah yang ingin dibincangkan melalui pengalaman merawat dan juga pengalaman
mendengar masalah. Kisah ini akan digabungkan dari masalah beberapa orang bekas
pesakit wanita agar tiada kena mengena khusus dengan sesiapa.
Mengikut statistik jumlah pesakit wanita yang mengadu telah dirogol jin,
rata-rata semuanya wanita yang lewat berkahwin. adalah digalakkan, semua
perempuan perlu menikah sebelum berusia 25 tahun agar tidak diganggu jin jantan.
Umur 25 tahun adalah umur maksimum kerana ada kes, wanita berumur 22 tahun juga
sudah mengalami hal ini.
PERINGKAT JIN MEROGOL
PERINGKAT AWAL: Setiap malam wanita ini akan mengalami masalah di datangi
oleh lembaga hitam pada awal kedatangannya. Biasanya isyarat awal ialah:
a.
tidur selalu ditindih,
b. ternampak kelibat dan
c. sering merasai ada
sesuatu apabila tidur.
Situasi seperti tidur dengan keadaan seksi lebih mudah sebenarnya mendapat
amaran awal ini. Selain itu, ia dapat dirasai apabila wanita itu tidur
dalam:
a. keadaan tapak tangan terbuka
b. Tidur kaki terkangkang
c.
Tidur seorang diri
PERINGKAT PERTENGAHAN: Pada malam-malam tertentu, kelibat ini sudah berani
muncul. Biasanya badan berbulu (seperti hantu raya). Ketahuilah, ada nas
mengatakan jin itu badan berbulu melalui pengalaman sahabat nabi melihat jin
mencuri kurma zakat. Maka yang berbulu bukan semestinya hantu raya. Sebagaimana
petanda peringkat awal tadi, kali ini lebih agresif dan sudah pandai melawan.
Antara kesan yang dapat dilihat selepas bangun pagi:
a. Badan letih (kerana
berlawan kudrat ketika ditindih)
b. Ada kesan lebam
c. Ada juga kes
anggota seperti tangan atau kaki bercorak batik.
d. Jin main guli
e. Jin
tiup-tiup di telinga
Pada peringkat pertengahan, wanita ini biasanya berumur antara lingkungan
26-30 tahun. Mereka ini mula hilang minat pada perkahwinan kerana sudah terlalu
matang dan berkerjaya dan menganggap, tiada guna bersuami kalau diriku mampu
mencari duit sendiri.
Bergantung pada kekuatan iman tahap gangguan ini. Di sini ana jelaskan, tak
semestinya Muslimah sahaja yang diganggu, ada juga mukminat yang diganggu dan
lebih 50% adalah mukminat. Maksud mukminat di sini ialah wanita yang alim,
ustazah atau yang kuat agama.
Kenapa terjadi demikian? Bukanlah ia ujian Allah, tetapi wanita itu sendiri
seorang yang kurang agamanya. Maksud ana, ada cuti dalam sebulan yang membuatkan
mereka ini meninggalkan solat yakni kedatangan haid. Bak kata pemuda, “tak kan
aku nak cari perempuan sosial, mestilah aku nak bakal isteri yang baik-baik”. Di
harap bahasa kiasan ini dapat difahami.
PERINGKAT AKHIR: Pada peringkat ini iaitu usia antara 29-40 tahun, lembaga
berbulu tadi sudah berani menunjukkan muka dan memulakan sumbang songsangnya
(iaitu bersetubuh dengan makhluk bukan jenisnya). Jin akan merogol wanita
berkenaan. Wanita tidak lagi berdaya melawan kerana sudah penat dengan kerenah
ini bertahun-tahun lamanya. Akhirnya wanita tadi membiarkan sahaja.
Pengalaman dirogol biasanya:
a. Terasa khayal dan lazat
b. Tidak bercumbuan, cuma bersetubuh.
c.
Klimaks atau basah kerana mencapai puncak kenikmatan persetubuhan.
d. Ada
sesetengah kes, wanita ini mengandung dan terasa ada anaknya dari alam jin.
Malah ketika ini, jin itu menjelma dalam bentuk lelaki yang tampan kerana wanita
itu sudah mula sayang kepadanya.
Tapi kes ini adalah kes kecil.
Pada peringkat akhir ini, berlangsung bertahun-tahun hingga wanita itu lupa
untuk mencari teman hidup. Apabila menyedari umur sudah 40-an, mula terasa
sunyi, tiada anak, tiada suami.
Waktu usia begini sudah tentu tiada siapa jejaka mahu lagi kecuali duda atau
suami orang. Kalau ada jejaka yang berminat, mungkin juga kerana wanita ini
seorang yang berkarier dan berada. Jika tidak berkarier dan berada? Wallahu
alam.
