Seorang
pelacur kelas atasan yang menghebahkan gaya hidup mewah sambil mendakwa dia
seorang pekerja Palang Merah dihukum penjara selama lima tahun kerana
menjalankan aktiviti perjudian haram.
Menurut
dokumen di Mahkamah Daerah Dongcheng, Guo Mei Mei dituduh menjalankan operasi
judi haram di pangsapurinya di sini dengan pertaruhan mencecah hampir tiga juta
Yuan (RM2 juta).
Beberapa
gambar di akaun laman sosial wanita itu sebelum ini menunjukkan kereta Maserati
dan Lamborghini yang didakwanya dihadiahkan atas kerjanya sebagai seorang
pengurus kanan.
Penyebaran
gambar tersebut bagaimanapun menimbulkan kemarahan orang awam selain
kebimbangan sama ada pertubuhan Palang Merah telah menyalahgunakan derma yang
diterima pertubuhan amal itu.
Mei Mei
kemudian menarik balik kenyataan mengenai penglibatannya dalam Palang Merah
sebelum dia didedahkan menjadi pelacur kepada golongan elit yang kaya di China
dengan kadar bayaran kira-kira 300,000 Yuan (RM202,000) untuk satu
malam.
Pertubuhan
Palang Merah berdepan dengan kesukaran mendapatkan derma sejak diheret ke dalam
skandal wanita tersebut, menyebabkan Mei Mei mengeluarkan kenyataan memohon maaf
di rangkaian televisyen tempatan, sambil memakai baju oren seorang
banduan.
“Saya suka
menunjuk, saya mempunyai pemikiran budak kecil yang suka berlagak. Saya mahu
memberitahu pertubuhan Palang Merah bahawa saya memohon maaf. Saya juga mahu
memohon maaf lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak menerima bantuan,”
katanya.
Perjudian
kebanyakannya dijalankan secara haram di tanah besar China tetapi dibenarkan di
beberapa tempat lain di Hong Kong dan Macau.

