4
Sebab Wanita Perlu Jaga Dara Mereka Sebelum Berkahwin | Keperawanan adalah nilai
penting bagi setiap wanita. Maruah wanita tidak dapat di bayar atau di tebus
dengan wang ringgit.
Tapi,
dengan gaya hidup yang semakin bebas dan mabuk dengan cinta, ramai remaja yang
tewas dan hilang perawannya sebelum berkahwin.
Jangan!
Pertahankan perawan anda kerana ianya maruah anda dan juga
keluarga.
Menerusi
Hanasuva.com, kami kongsikan antara 4 sebab kenapa wanita perlu pertahankan dara
sebelum berkahwin!

Bukan
seperti filem barat
Di
dalam filem barat, seks adalah perkara biasa dalam kehidupan dan juga untuk anak
muda. Tetapi ini bukan seperti dalam filem. Kita hidup dalam negara yang ada
undang-undang dan bagi mereka yang beragama Islam, pastinya anda tahu ianya
perkara yang salah.
Kesan
sampingan
Banyak
kes buang anak terjadi di Malaysia, semuanya kerana seks bebas. Anda dah
bersedia ke untuk menanggung kesannya nanti? Tak sayang masa depan
ke?
Cinta
atau sekadar nafsu?
Seks
bebas selalunya terjadi kerana hawa nafsu dan bukan cinta. Jika si dia
betul-betul sayangkan anda, pasti dia tidak akan meragut ‘dara’ anda dan akan
menjaga sebaik mungkin. Jadi, tepuk dada, tanya selera! Bezakan yang mana intan
dan yang mana kaca..
Simpan
untuk suami je
Kenapa
nak terburu-buru untuk tahu bagaimana rasanya hubungan intim? Nanti dah kahwin
kan boleh rasa. Tak rugi pun simpan dara anda sehingga anda berkahwin. Lagi
bahagia nanti hubungan rumah tangga!
