KEPERAWANAN
lazimnya menjadi penanda aras bagi mengukur tahap moraliti seseorang wanita itu,
namun berlainan pula dalam budaya masyarakat Barat.

Senarai
10 Dara Paling
Mahal Di Dunia!
Dalam
artikel ini, kami selongkar kisah 10 gadis yang menjual dara mereka
secara rela demi menampung kos pengajian tinggi, sara hidup dan perubatan ahli
keluarga.
1. Rosie
Reid
Pada tahun
2004, Reid yang berusia 18 tahun ketika itu berjaya menjual daranya kepada
seorang jurutera berpangkat duda. Pembida itu telah membayar sebanyak £8,400
(RM50,203) untuk meniduri Reid. Usai sesi bersama lelaki itu, Reid, yang
sebenarnya seorang lesbian, dilaporkan menangis sepanjang hari keesokan harinya
bersama kekasih songsangnya.
2. Alina
Percea
Berasal
daripada Romania, Percea dengan rela hati meletakkan daranya untuk dibida bagi
membiayai pengajiannya dalam ijazah perkomputeran pada tahun 2009. Gadis berusia
18 tahun itu berjaya menjual aset paling bernilainya kepada seorang lelaki warga
Itali pada harga £8,800 (RM 57,702).
Bukan sahaja
itu, malah pembida berusia 45 tahun itu juga menanggung kos untuk menerbangkan
Percea ke Venice. Percea juga menjalani dua pemeriksaan perubatan untuk
membuktikan bahawa dia masih dara sebelum ‘hari penting’
tersebut.
3.
Shatuniha
“Saya bebas
dari tabiat buruk dan sedap mata memandang”, begitulah deskripsi yang ditulis
gadis ini dalam iklan jual dirinya. Dalam iklan itu, Shatuniha turut menulis
bahawa dia benar-benar kesempitan wang dan memerlukan duit dengan
segera.
Akhirnya,
Shatuniha yang berasal daripada Siberia ini berjaya membida kegadisannya pada
harga tertinggi berjumlah 900,000 rubles (RM 56,570) kepada seorang pembida yang
tidak mahu dikenali.
4.
Unigirl
Nekad untuk
mendapatkan wang segera bagi menampung kos pengajiannya, pada tahun 2010,
seorang gadis New Zealand yang hanya mahu dikenali sebagai Unigirl berjaya
menjual daranya kepada pembida tertinggi dengan harga 32,000 dolar (RM 138,928).
“Ia merupakan sesuatu yang amat tidak disangkakan,” katanya mengenai nilai
bidaan tersebut.
5. Cathy
Cobblerson
Cobblerson,
24, daripada Texas, Amerika Syarikat ini telah memecahkan rekod sebagai ‘dara
paling mahal’ dengan nilai bidaan sebanyak USD100,000 (RM 434,150) dalam laman
e-Bay. Bagaimanapun, bidaan itu akhirnya telah ditarik balik tanpa sebab oleh
pihak e-Bay.
6. Catarina
Migliorini
Pada tahun
2012, siswi daripada Brazil ini telah menjual kegadisannya dengan harga
USD780,000 (RM 3,386,370) selepas dia mengiklankan bidaan itu di dalam Internet.
Pemenangnya, seorang lelaki Jepun bernama Natsu, terpaksa bersaing sengit dengan
dua orang lagi lelaki bermata keranjang sebelum berjaya untuk ‘memiliki’
Catarina yang berciri eksotik itu selama satu malam.
Walaupun dia
mengiklankan daranya secara terang-terangan, namun Catarina tegaskan bahawa dia
bukan seorang pelacur dan cuma berniat untuk mencetuskan impak positif dengan
membina rumah kepada penduduk miskin di bandarnya dengan hasil duit
tersebut.
7. Elizabeth
Raine
Gadis pintar
juga tak terlepas daripada mengikuti trend kurang cerdik ini. Raine, seorang
pelajar jurusan perubatan, mengiklankan tawaran jual daranya melalui sebuah
laman web kelolaan satu syarikat perhubungan awam yang turut menguruskan bidaan
tersebut. Bidaan itu dilakukan secara profesional dengan adanya beberapa
prasyarat yang perlu dipatuhi oleh pemenang sebelum melakukan hubungan seks
dengan Raine.
Laman web
tersebut meyediakan informasi tentang ke mana wang hasil bidaan itu disalurkan
(ke sebuah badan kebajikan yang menyediakan pendidikan kepada wanita di
negara-negara membangun), di samping gambar-gambar tubuh Raine dengan wajahnya
dipadamkan.
8. Graciela
Yataco
Model berusia
18 tahun kelahiran Peru ini terpaksa membida keperawannya bagi menanggung kos
perubatan ibu serta sara hidup adik lelakinya. Niat ‘murni’ Yataco ini berjaya
ditunaikan dengan jumlah USD103,000 (RM 447,174).
9. Raffaella
Fico
Pada usia 20
tahun, model Itali dan bintang rancangan ‘Big Brother Italy 2008’ ini meletakkan
daranya untuk dibida dengan harga tertinggi bagi membolehkan beliau membeli
sebuah rumah di Rome dan untuk menampung yuran kelas lakonannya. Fico akhirnya
bersetuju untuk ditiduri oleh lelaki tidak dikenalinya dengan harga USD1.8juta.
Untung badan.
10. Natalie
Dylan
Bagi membiayai
ijazah sarjananya yang terlalu mahal, Dylan yang berusia 22 tahun pada tahun
2008 ini terpaksa menawarkan dara untuk
menghabiskan pengajian. Iklan Dylan membuahkan hasil lumayan apabila daranya
telah dibida dengan harga USD3.7juta!
